in

Bencana Kim Kim: Murid, guru terima pampasan insurans

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa guru-guru dan murid-murid yang terjejas akibat pencemaran sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang akan menerima pampasan Insurans Takaful Malaysia.

Ahli Parlimen Simpang Renggam (PH), Dr Maszlee Malik memberitahu perkara tersebut ketika membahaskan usul tergempar di Dewan Rakyat, hari ini.

Dr Maszlee yang juga Menteri Pendidikan berkata KPM akan membantu mangsa-mangsa yang terjejas bagi membuat tuntutan insurans di cawangan-cawangan terdekat.
Beliau berkata KPM sentiasa bekerjasama dengan kerajaan Negeri dalam memastikan kebajikan dan keselamatan tenaga pengajar dan murid-murid di bawah kementerian tersebut diberi keutamaan.

Tegas beliau, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang terlibat dalam kes pencemaran sisa kimi di Pasir Gudang.

Let's block ads! (Why?)

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

#AWANIJr: Iowa Student Global Leadership Conference

Pertuduhan suspek Sungai Kim Kim ditangguhkan