in

Kes Jong-nam: Peguam Negara tolak permohonan bebas warga Vietnam

SHAH ALAM: Permohonan Vietnam untuk membebaskan seorang rakyatnya, Doan Thi Huong, dalam kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam, ditolak oleh Peguam Negara.

Permohonan itu dikemukakan Vietnam selepas warga Indonesia, Siti Aisyah yang dituduh bersama Huong, dibebaskan awal minggu ini.

โ€œAduan kami ialah pendakwa raya tidak bertindak adil terhadap Doan Thi Huong,โ€ kata peguamnya, Hisyam Teh.

Teh memberitahu mahkamah bahawa penolakan permintaan Vietnam adalah kes diskriminasi, kerana peguam negara memilih satu pihak selepas mahkamah mengarahkan kedua-duanya membela diri.

BACA: Selepas pembebasan Siti Aisyah, Vietnam juga mahu perkara sama buat Huong

Kementerian Luar Vietnam berkata mereka kesal dengan keputusan mahkamah Malaysia untuk tidak membebaskan Huong dengan segera.

"Vietnam telah membincangkan kes ini dalam semua pertemuan dengan Malaysia dan kami juga meminta agar Malaysia menjalankan perbicaraan dengan adil," kata jurucakap Kementerian Luar Negeri, Le Thi Thu Hang pada sidang akhbar di Hanoi, ibu negara itu.

Isnin lalu, pendakwa raya meminta mahkamah menggugurkan dakwaan terhadap Siti Aisyah dan membebaskannya. Dia diterbangkan ke Indonesia pada hari yang sama.

Let's block ads! (Why?)

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

#AWANIJr: Pesta Ilmu

#AWANIJr: Iowa Student Global Leadership Conference