in

Marvel lancar treler kedua 'Avengers: Endgame', tampilkan Captain Marvel

KETERUJAAN peminat menantikan filem terbaharu Avengers, iaitu Avengers: Endgame, kembali memuncak dengan pelancaran trailer keduanya, pada Khamis.

Salah satu highlight dalam trailer itu tentunya kemunculan adiwira wanita Marvel Cinematic Universe (MCU), Captain Marvel.

Trailer kedua ini dimulakan dengan paparan imbasan memori oleh adiwira-adiwira Tony Stark (Iron Man), dan Steve Rogers (Captain America), serta Clint Barton (Hawkeye/Ronin), Natasha Romanoff (Black Widow), Thor, Scott Lang (Ant-Man), Nebula dan Bruce Banner (Hulk) mengenai kehilangan orang-orang yang disayangi mereka.

Ingatan itu memberikan motivasi untuk mereka untuk 'membalas dendam' dan memperbetulkan kemusnahan yang dilakukan Thanos.

Avengers: Endgame akan menemui penonton pada 26 April depan.

Let's block ads! (Why?)

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PPD jadi tumpuan calon SPM Pasir Gudang

Perkembangan pembersihan Sungai Kim Kim